Proses pilihan raya Pilihan_raya_umum_Malaysia_2018

Pada 10 April 2018, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah telah membuat pengumuman bagi perjalanan Pilihan Raya Umum ke-14 setelah mengadakan Mesyuarat Khas berkaitannya pada hari yang sama. SPR telah menetapkan tarikh-tarikh seperti yang berikut:[8]

Bagi menjalankan proses PRU14 ini, SPR telah melantik 222 orang Pegawai Pengurus Pilihan Raya. SPR juga menubuhkan 445 buah Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR).untuk tujuan memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen. Pada pilihan raya kali ini, seramai 259,391 orang petugas dilantik daripada kalangan orang awam untuk pengendalian proses PRU-14 manakala sebanyak 8,989 buah premis bangunan akan digunakan sebagai Pusat Mengundi yang mengandungi semua 28,995 Tempat Mengundi (Saluran) dan dianggarkan memerlukan belanjawan sebanyak RM500 juta,[8][9] lebih RM 100 juta daripada yang sebelumnya.

Daftar Pemilih Pilihan Raya PRU14 yang akan digunakan untuk PRU14 pula adalah yang berdaftar sehingga Suku Keempat Tahun 2017 yang mengandungi 14,940,624 orang. Pemilih berdaftar tersebut terdiri daripada:

  • Pemilih Biasa: 14,636,716 orang
  • Pemilih Awal (Tentera dan Pasangan/Polis): 300,255 orang
  • Pengundi Tidak Hadir Luar Negara: 3,653 orang

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Pilihan_raya_umum_Malaysia_2018 http://kempen.s3.amazonaws.com/pdf/Buku_Harapan.pd... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bubar-du... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mahkamah... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sultan-n... http://www.astroawani.com/berita-politik/anak-alla... http://www.astroawani.com/berita-politik/buang-und... http://www.astroawani.com/berita-politik/mohd-shaf... http://www.astroawani.com/berita-politik/penentuan... http://www.astroawani.com/berita-politik/ppbm-akan... http://www.astroawani.com/berita-politik/pru14-spr...